← Kembali ke carian

2024 LEXUS RX350 F SPORT

Butiran Kereta

Open for Booking

Harga bodyRM340,000

Sehingga 8 Tahun Waranti

Perbatuan dan bilangan tuntutan tanpa had · Maks. RM10,000 setiap tuntutan. Tertakluk pada polisi dan kelayakan unit.

No. stok
SA2365
Tahun
2024/6
Warna
BLACK
Perbatuan
31,080 km
Gred
5A
Kapasiti enjin
2,393 cc
No. casis
TALA15-1007313
Ketibaan
Ready Stock
Lokasi / cawangan
Bangi, Selangor

Spesifikasi

PANOROOF, 360, SOUND SYSTEM, DIM, BSM, 2ND P/SEAT, MARK LEVINSON, PANORAMIC SUNROOF

Harga OTR & Ansuran Tekan untuk kira OTR Jumlah OTR RM348,229.09 Anggaran sebulan RM3,502.60

Tetapan OTR

Tetapan lanjut OTR

Isi amaun rasmi untuk EV atau kelas khas jika berkenaan.

Cc diisi mengikut kod casis atau varian model. Spesifikasi pengeluar

Ansuran bulanan

Deposit
Pecahan OTR & pembiayaan
Harga body
RM340,000.00
Jumlah takaful komprehensif
—
Cukai jalan tahunan
—
Waranti & fi pemprosesan
RM3,000.00
Lihat pecahan takaful
Caruman takaful selepas NCD
—
Cermin (15% daripada nilai perlindungan cermin)
—
SST 8% + duti setem RM10
—
Amaun deposit
Amaun pembiayaan
Jumlah ansuran

Deposit dan ansuran dikira atas jumlah OTR, termasuk takaful, cukai jalan, waranti dan fi. Kadar keuntungan dan kelulusan tertakluk kepada bank Islamik.

Ansuran dikira atas jumlah OTR. Anggaran tertakluk kepada kadar dan kelulusan bank.

Kongsi unit ini

Proses Pembelian Kereta

Proses pembelian kereta recond BossFirr untuk Ready Stock dan Incoming StockBuka infografik saiz penuh
Baca langkah pembelian

Ready Stock

  1. Lihat unit, semak harga dan buat tempahan.
  2. Kami bantu sediakan dokumen dan mohon pinjaman bank jika perlu.
  3. Tandatangan perjanjian selepas pinjaman diluluskan.
  4. Terima kereta dan semak fungsi utamanya semasa serahan.

Incoming Stock

  1. Pilih dan tempah unit yang dalam perjalanan.
  2. Kami bantu urus permohonan pinjaman jika perlu.
  3. Lihat unit di showroom selepas ia tiba.
  4. Tandatangan perjanjian apabila anda berpuas hati dan pinjaman lulus.
  5. Tetapkan tarikh serahan bersama Boss Firr.

Untuk pembelian tunai, hubungi kami bagi urusan bayaran dan serahan.

Proses Penyediaan Kereta

Enam langkah penyediaan kereta recond BossFirr dari PDI hingga serahanBuka infografik saiz penuh
Baca langkah penyediaan
  1. PDI & servis. Semak enjin, gearbox, brek dan tayar. Servis mengikut keadaan kereta.
  2. PUSPAKOM. Atur pemeriksaan kenderaan sebelum pendaftaran.
  3. Pendaftaran JPJ. Urus dokumen pendaftaran dan nombor plat.
  4. Touch-up. Baiki kemasan cat dan badan kereta jika perlu.
  5. Tinted & polish. Pasang filem tinted yang dipersetujui dan kemaskan kereta.
  6. Serahan. Buat semakan akhir dan serahkan kereta pada tarikh yang dipersetujui.

Tempoh bergantung pada keadaan kereta, slot pemeriksaan dan urusan pendaftaran.

Dengar hati pelanggan sendiri pada hari terima kereta idaman mereka

Toyota Alphard Z

“Firdaus amat membantu.”

Keluarga Abang Big · Batu Pahat, Johor

Mercedes-Benz CLA 180

“So far semua jalan lancar, mudah, cepat. Tak serabut kepala lah.”

Cik Salmah · Perak

Toyota GR86

“Servis yang bagus. Amanah, jujur and very transparent.”

En. Nabil

Honda Civic Type R FL5

“Saya pun berpuas hati, semua-semua cukup.”

Mercedes-Benz CLA 180

“Terbaiklah, terbaik bang. Servis terbaik.”

Abang Mi

Waranti Kereta Recond

Waranti kereta sehingga 8 tahun untuk unit yang layak. Jika komponen utama seperti enjin atau transmisi rosak, tuntutan yang diluluskan boleh membantu mengurangkan kos pembaikan.

Ilustrasi Mercedes-AMG CLA 35 Shooting Brake putih
  • IGNITION SYSTEM
  • SUPERCHARGER*
  • ELECTRICAL COMPONENTS
  • TURBO
  • ENGINE
  • MAJOR OIL LEAKS
  • ECU – TCM
  • FUEL SYSTEM
  • BRAKING SYSTEM
  • REAR AXLE
  • TRANSMISSION
  • FRONT WHEEL & 4-WHEEL DRIVE
* Tersenarai dalam pelan untuk kenderaan yang mempunyai komponen tersebut. Kedudukan pada gambar adalah anggaran.

Waranti Kereta

EZCare Millennia Premier

  • Sehingga 8 tahun Untuk unit yang layak
  • Perbatuan tanpa had
  • Bilangan tuntutan tanpa had
  • RM10,000 Maksimum setiap tuntutan

Semak tempoh dan had bayaran setiap tuntutan dalam sijil waranti unit pilihan anda.

Dokumen Waranti EZCare
EZCare Millennia Premier

Perlindungan tertakluk kepada kelayakan kenderaan, komponen yang disenaraikan, pengecualian, syarat servis dan kelulusan EZCare. Jika berlaku kerosakan, hubungi EZCare di 1300 88 8287 untuk arahan tuntutan sebelum membaiki kenderaan.

Lokasi & Hubungi Kami

Lokasi Showroom

Waktu Operasi

Buka sekarang

Isnin–Ahad · 9 pagi–6 petang

No. 45, Jalan P10/21, Taman Perindustrian Selaman, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Lokasi kereta bergantung pada unit. Hubungi Boss Firr untuk sahkan showroom dan aturkan sesi melihat kereta.

Isi borang pertanyaan

Semak mesej anda sebelum menekan Hantar di WhatsApp.

Soalan Lazim

Stok dan keadaan kereta

Apa beza Ready Stock dan Incoming?

Ready Stock ialah unit yang telah tiba. Incoming ialah unit dalam proses ketibaan. Sahkan lokasi dan jadual terus dengan BossFirr.

Kereta ni masih ada? Boleh datang tengok atau test drive?

Boleh, Firdaus semak dulu sama ada unit tu masih available atau dah dibooking. Kalau masih ada, saya maklumkan kereta berada di showroom mana dan bantu aturkan masa untuk datang tengok atau test drive.

Boleh tengok gambar sebenar, auction report dan nombor casis?

Buka halaman unit untuk lihat galeri. Kalau gambar Malaysia atau auction report tersedia untuk unit tu, Firdaus boleh kongsikan. Saya juga boleh beri nombor casis untuk tuan atau puan semak sendiri melalui SCRUT.

Macam mana nak semak condition, terutama gearbox, kesan banjir atau kemalangan?

Beritahu Firdaus unit mana yang tuan atau puan tengah pertimbangkan dan bahagian yang nak disemak. Saya boleh kongsi dokumen yang ada untuk unit tu dan susun masa untuk tengok sendiri. Kalau dapat test drive, boleh rasa sendiri cara kereta bergerak dan bagaimana gear bertukar.

Harga dan pembiayaan

Harga body dengan harga OTR beza apa? Apa yang termasuk?

Harga body ialah harga kereta. Harga OTR ialah jumlah untuk bawa kereta ke jalan. Firdaus boleh beri pecahan untuk unit pilihan, termasuk anggaran insurans ikut NCD, road tax, kos pendaftaran dan caj lain jika berkenaan.

Boleh full loan? Kalau saya target ansuran tertentu, berapa deposit kena sediakan?

Firdaus boleh kira dua pilihan untuk dibandingkan, satu dengan deposit dan satu lagi tanpa deposit jika bank tawarkan pembiayaan penuh. Kalau ada sasaran bulanan, bagi angka yang selesa dulu. Saya boleh kira anggaran deposit untuk capai sasaran tu. Jumlah pembiayaan dan kadar akhir ikut tawaran bank selepas semakan dokumen.

Apa dokumen untuk mohon loan? Saya baru tukar kerja, boleh semak dulu?

Untuk pekerja bergaji, Firdaus biasanya minta slip gaji tiga bulan dan penyata bank tiga bulan bagi akaun yang terima gaji. Kalau baru mula kerja dan baru ada satu slip gaji, boleh tunjuk slip yang ada bersama offer letter dan penyata bank untuk saya semak dulu.

Loan enam tahun atau sembilan tahun, mana lebih sesuai?

Kalau bayaran bulanan untuk enam tahun masih selesa, Firdaus cenderung cadangkan tempoh lebih pendek. Hutang selesai lebih awal dan senang rancang kalau beberapa tahun lagi nak jual atau trade in. Saya boleh kira dua tempoh tu supaya tuan atau puan nampak beza bulanan sebelum pilih.

Boleh trade in kalau kereta lama masih ada baki loan?

Boleh semak. Firdaus boleh bantu aturkan pemeriksaan untuk dapatkan tawaran trade in. Lepas dapat tawaran, kita bandingkan harga bersih selepas caj yang terpakai dengan baki pinjaman. Dari situ baru nampak sama ada ada lebihan atau perlu tambah untuk selesaikan baki.

Tempahan, serahan dan waranti

Apa fungsi booking fee? Kalau tengok kereta dan tak jadi, boleh dapat balik?

Booking digunakan untuk lock unit supaya pelanggan lain tak ambil sementara urusan tuan atau puan berjalan. Sebelum bayar, Firdaus boleh sahkan jumlah booking, syarat pemulangan dan bila duit akan dipulangkan untuk unit yang dipilih.

Apa yang dibuat pada kereta sebelum serahan? Bila saya tahu tarikh ambil?

Firdaus boleh kongsi kerja yang dijadualkan untuk unit tu dan maklumkan sasaran tarikh serahan. Kerja persediaan mungkin termasuk servis minyak enjin, semakan brek dan bateri, atau kerja tambahan seperti tinted dan touch-up cat, bergantung pada unit.

Waranti cover apa? Kalau nak claim, kena bayar dulu ke?

Firdaus boleh semak untuk unit tu, termasuk tempoh waranti, komponen yang dilindungi, had tuntutan dan cara buat claim. Dalam urusan yang menggunakan kelulusan terus daripada penyedia waranti, penyedia yang uruskan kos pembaikan yang diluluskan. Cara proses bergantung pada pelan untuk unit tu.

Kalau buat remap Stage 1 atau ubah suai, apa kesannya pada waranti?

Untuk pelan Ezcare tertentu, komponen yang diubah suai dan kerosakan yang berpunca terus daripada pengubahsuaian boleh dikecualikan daripada perlindungan. Kalau nak buat remap, Firdaus boleh bantu semak syarat waranti untuk unit tu dulu.

Auction Report