2025 HONDA X-ADV V3
Gambar Motor
Butiran Motor
Open for BookingHarga bodyRM108,000
- No. stok
- SM110
- Tahun
- 2025/5
- Warna
- YELLOW
- Perbatuan
- 13,000 km
- Gred
- 4
- No. casis
- RH21-1000700
- Ketibaan
- Ready Stock
Harga OTR & Ansuran
Minta Anggaran OTR & AnsuranProses Pembelian Motor
Dari pilih unit hingga terima kunci.
Ready Stock
- Lihat motosikal, semak harga OTR dan sahkan tempahan.
- Kami bantu sediakan dokumen permohonan pembiayaan jika diperlukan.
- Tandatangan perjanjian selepas pembiayaan diluluskan.
- Ambil motosikal dan semak fungsi utama semasa serahan.
Incoming Stock
- Pilih motosikal yang dalam perjalanan dan sahkan tempahan.
- Kami bantu urus permohonan pembiayaan jika diperlukan.
- Lihat motosikal di showroom selepas ia tiba.
- Tandatangan perjanjian jika berpuas hati dan pembiayaan diluluskan.
- Tetapkan tarikh serahan bersama Boss Firr.
Beli tunai? Hubungi Boss Firr untuk urusan bayaran dan serahan.
Proses Penyediaan Motor
Semakan motosikal dan urusan dokumen sebelum serahan.
- PDI & servis. Semak enjin, cecair, bateri dan lampu. Servis mengikut keadaan unit.
- Semak tayar, brek dan sistem pemacu seperti rantai, tali sawat atau aci, mengikut model.
- Aturkan pemeriksaan kenderaan jika diperlukan untuk unit tersebut.
- Urus dokumen pendaftaran JPJ dan nombor plat.
- Cuci motosikal dan kemaskan bahagian yang dipersetujui.
- Buat semakan akhir dan terangkan kawalan utama motosikal semasa serahan.
Tempoh penyediaan bergantung pada keadaan unit dan urusan pemeriksaan serta pendaftaran.
Dengar hati pelanggan sendiri pada hari terima kereta idaman mereka
Toyota Alphard Z
“Firdaus amat membantu.”
Keluarga Abang Big · Batu Pahat, Johor
Mercedes-Benz CLA 180
“So far semua jalan lancar, mudah, cepat. Tak serabut kepala lah.”
Cik Salmah · Perak
Toyota GR86
“Servis yang bagus. Amanah, jujur and very transparent.”
En. Nabil
Honda Civic Type R FL5
“Saya pun berpuas hati, semua-semua cukup.”
Mercedes-Benz CLA 180
“Terbaiklah, terbaik bang. Servis terbaik.”
Abang Mi
Nissan GT-R
“Kalau per 100 pun saya akan bagi 100.”
Waranti Motosikal Recond
Semak kelayakan motosikal anda untuk pelan EZCare Millennia Basic Bikers.
- ECU
- ELECTRICAL COMPONENTS
- TRANSMISSION
- SHAFT DRIVE*
- FUEL SYSTEM
- IGNITION SYSTEM
- ENGINE
- FLYWHEEL
- BRAKING SYSTEM
Waranti Motosikal
EZCare Millennia Basic Bikers
- 5 tahun Tempoh perlindungan
- Perbatuan tanpa had
- RM5,000 Maksimum setiap tuntutan
- Jumlah sepanjang tempoh tanpa had
Bantuan tunda EZCare Bike Assist di seluruh Malaysia sehingga RM500 setahun.
Perlindungan tertakluk kepada kelayakan kenderaan, komponen yang disenaraikan, pengecualian, syarat servis dan kelulusan EZCare. Jika berlaku kerosakan, hubungi EZCare di 1300 88 8287 untuk arahan tuntutan sebelum membaiki kenderaan.
Galeri Serahan Kereta
Lokasi & Hubungi Kami
Lokasi Showroom
Waktu Operasi
Buka sekarang
Isnin–Ahad · 9 pagi–6 petang
Lokasi kereta bergantung pada unit. Hubungi Boss Firr untuk sahkan showroom dan aturkan sesi melihat kereta.
Isi borang pertanyaan
Soalan Lazim
Stok dan keadaan kereta
Apa beza Ready Stock dan Incoming?
Ready Stock ialah unit yang telah tiba. Incoming ialah unit dalam proses ketibaan. Sahkan lokasi dan jadual terus dengan BossFirr.
Kereta ni masih ada? Boleh datang tengok atau test drive?
Boleh, Firdaus semak dulu sama ada unit tu masih available atau dah dibooking. Kalau masih ada, saya maklumkan kereta berada di showroom mana dan bantu aturkan masa untuk datang tengok atau test drive.
Boleh tengok gambar sebenar, auction report dan nombor casis?
Buka halaman unit untuk lihat galeri. Kalau gambar Malaysia atau auction report tersedia untuk unit tu, Firdaus boleh kongsikan. Saya juga boleh beri nombor casis untuk tuan atau puan semak sendiri melalui SCRUT.
Macam mana nak semak condition, terutama gearbox, kesan banjir atau kemalangan?
Beritahu Firdaus unit mana yang tuan atau puan tengah pertimbangkan dan bahagian yang nak disemak. Saya boleh kongsi dokumen yang ada untuk unit tu dan susun masa untuk tengok sendiri. Kalau dapat test drive, boleh rasa sendiri cara kereta bergerak dan bagaimana gear bertukar.
Harga dan pembiayaan
Harga body dengan harga OTR beza apa? Apa yang termasuk?
Harga body ialah harga kereta. Harga OTR ialah jumlah untuk bawa kereta ke jalan. Firdaus boleh beri pecahan untuk unit pilihan, termasuk anggaran insurans ikut NCD, road tax, kos pendaftaran dan caj lain jika berkenaan.
Boleh full loan? Kalau saya target ansuran tertentu, berapa deposit kena sediakan?
Firdaus boleh kira dua pilihan untuk dibandingkan, satu dengan deposit dan satu lagi tanpa deposit jika bank tawarkan pembiayaan penuh. Kalau ada sasaran bulanan, bagi angka yang selesa dulu. Saya boleh kira anggaran deposit untuk capai sasaran tu. Jumlah pembiayaan dan kadar akhir ikut tawaran bank selepas semakan dokumen.
Apa dokumen untuk mohon loan? Saya baru tukar kerja, boleh semak dulu?
Untuk pekerja bergaji, Firdaus biasanya minta slip gaji tiga bulan dan penyata bank tiga bulan bagi akaun yang terima gaji. Kalau baru mula kerja dan baru ada satu slip gaji, boleh tunjuk slip yang ada bersama offer letter dan penyata bank untuk saya semak dulu.
Loan enam tahun atau sembilan tahun, mana lebih sesuai?
Kalau bayaran bulanan untuk enam tahun masih selesa, Firdaus cenderung cadangkan tempoh lebih pendek. Hutang selesai lebih awal dan senang rancang kalau beberapa tahun lagi nak jual atau trade in. Saya boleh kira dua tempoh tu supaya tuan atau puan nampak beza bulanan sebelum pilih.
Boleh trade in kalau kereta lama masih ada baki loan?
Boleh semak. Firdaus boleh bantu aturkan pemeriksaan untuk dapatkan tawaran trade in. Lepas dapat tawaran, kita bandingkan harga bersih selepas caj yang terpakai dengan baki pinjaman. Dari situ baru nampak sama ada ada lebihan atau perlu tambah untuk selesaikan baki.
Tempahan, serahan dan waranti
Apa fungsi booking fee? Kalau tengok kereta dan tak jadi, boleh dapat balik?
Booking digunakan untuk lock unit supaya pelanggan lain tak ambil sementara urusan tuan atau puan berjalan. Sebelum bayar, Firdaus boleh sahkan jumlah booking, syarat pemulangan dan bila duit akan dipulangkan untuk unit yang dipilih.
Apa yang dibuat pada motor sebelum serahan? Bila saya tahu tarikh ambil?
Firdaus akan maklumkan kerja yang dijadualkan dan sasaran tarikh serahan. Semakan boleh meliputi tayar, brek, bateri, lampu dan sistem pemacu mengikut model dan keadaan motor.
Waranti cover apa? Kalau nak claim, kena bayar dulu ke?
Firdaus boleh semak untuk unit tu, termasuk tempoh waranti, komponen yang dilindungi, had tuntutan dan cara buat claim. Dalam urusan yang menggunakan kelulusan terus daripada penyedia waranti, penyedia yang uruskan kos pembaikan yang diluluskan. Cara proses bergantung pada pelan untuk unit tu.
Kalau buat remap Stage 1 atau ubah suai, apa kesannya pada waranti?
Untuk pelan Ezcare tertentu, komponen yang diubah suai dan kerosakan yang berpunca terus daripada pengubahsuaian boleh dikecualikan daripada perlindungan. Kalau nak buat remap, Firdaus boleh bantu semak syarat waranti untuk unit tu dulu.
